Friday, February 25, 2011

Dear ABAH

This entry should be yesterday but I dont have strength to write it. So here I dedicated to my beloved dad:


24 Feb 1960 ~ 21 Mac 1997

Dear ABAH,
Happy birthday
it's been 14 years already gone
i miss u so much
i regretting not spend much time with you
AL-FATIHAH...

R.E.D.H.A

ku redha dengan ketentuan mu Ya ALLAH
hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untukku..

Friday, February 18, 2011

DESTINY



Am I doing the right thing..the right choice...

I mean the way of my life.

I still not sure for what I want in my life. But for sure I want to success in my life.

The problem right now is I’m still confusing for the thing of my passion.

After studied in engineering for fourth years at university of course I want to be the engineer, but there is no luck to me to get that job. Maybe I’m not too serious in searching that job and too pampered to move from my hometown.

In the middle of my semester break about couple weeks ago, I’m just talked to my aunt, she said “Poor you, harder studied in engineering but can’t be the engineer”. Speechless..

Of course aunty I badly want to be the engineer but what can I do? My disease is going bad now. That’s job is not suitable to me even I want it. It’s hard to me to accept it.

Until now is doesn’t have any kind of passion. Even you aunty, you said still doesn’t know what is your passion. You already reached 50 but I’m just turn 24 this year. How bad it is. But for sure I love to travel. (Are you sure?? Coz u always keep mumbled bout ur pain..hehe..) Yeah, it’s true, but once you arrive to the destination your tired it’s just gone.

Now, I’m studying in education. It’s fun and i enjoy it but I’m still not sure whether I really like it or not. But my coursemate is fun. Yeah, I love them already. It’s good to know you guys.

I’m trying to accept my destiny. Maybe this is my way my future my destiny...

Only He knows what the best for me and us:


“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)


Sunday, February 6, 2011

Dugaan dan Syukur

This is my 1st writing for Falsafah assignment.
Most of it I review from http://www.life-verses.protajdid.com/?p=458 and credit and thanks a lot to him, Ariff Arifin from his blog. But actually I wanna story about me, but i don't know how to start so it just the beginning.. (^__^)

DUGAAN DAN SYUKUR

Sesuatu yang wajib dalam menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap. Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Sumber kekuatan pada orang Islam adalah apabila mereka beriman dengan Allah, mereka sudah tidak sedih dengan kesusahan yang menimpa dan mereka tidak takut dengan kemungkinan yang akan berlaku. Hasilnya maka lahirlah kekuatan yang luar biasa dengan izin Allah. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat kepadamu Ya Allah. Inginku panjatkan sujud syukurku atas kurniaanMu dan juga peringatanMu terhadapku. Dengan limpah kasihmu aku masih bernafas utuh di bumiMu. Subhanallah ku bersyukur padamu. Sesungguhnya dugaan yang diberikan kepadaku adalah setimpal dengan tahap tanggunganku.

Benarlah bahawa masin mulut ibu itu, jangan dibantah pasti ada bencana yang bakal menimpa jika diendahkan larangan itu. Kemalangan yang berlaku hampir 13 tahun yang lalu telah mengakibatkan aku menanggung derita sehingga sekarang. Larangan ibuku dari pergi bermain bola jaring menjadi titik tolak perubahan dalam hidupku. Kini aku menderitai Osteoathritis akibat kejadian itu.

Namun begitu, aku bersyukur aku masih bernafas dan Kau telah memberi suatu pengajaran yang amat bernilai dalam hidupku. Ya, kakiku kini tidak seperti rakan-rakan normalku yang lain dan sedikit tempang kiraku. Aku tidak mampu lagi berlari seperti dahulu dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang lain. Kakiku ibarat kaki seorang tua berusia 80-an menurut doktorku. Namun demikian, aku cepat tersedar dan menyedari bahawa pada hakikatnya, lebih ramai lagi yang mengalami penderitaan yang maha dahsyat dan dugaan yang tidak putus-putus. Ini membuatkan rasa syukurku atas nikmat yang Allah berikan kepadaku amat aku hargai tidak terhingga dan Allah SWT masih lagi menyayangi aku sebagai hambanya. Pelbagai dugaan yang kita alami dan menerimanya dengan redha atas ketentuan ilahi pasti menambahkan iman di dada. Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah. Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati. Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti. Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Ini kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]